Produk tempatan,
potensi luar biasa.
Tingkatkan nilai dan daya saing produk anda bersama NS Choice melalui bimbingan ke arah peningkatan kualiti produk, penjenamaan, pensijilan dan pembungkusan produk bagi menembusi pasaran yang lebih luas.
Satu langkah ke arah produk yang lebih berdaya saing.
NS Choice merupakan satu bentuk pengiktirafan standard kualiti yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui PKNNS kepada produk dan perkhidmatan usahawan tempatan yang berpotensi dan berprestasi tinggi. Bagi memperoleh pengiktirafan NS Choice, para usahawan perlu mengikuti Skim Pengiktirafan Kualiti NS Choice yang dibangunkan oleh PKNNS bersama Jabatan/Agensi Keusahawanan Negeri Sembilan bersama SIRIM. Melalui program ini, usahawan diberi bimbingan ke arah peningkatan kualiti produk merangkumi aspek kualiti, penjenamaan, pensijilan dan pembungkusan.
Sertai NS Choice dan tingkatkan kualiti, penjenamaan serta daya saing produk anda. Peluang untuk bimbingan profesional dan pengiktirafan rasmi Kerajaan Negeri Sembilan menanti anda!
Baca kisahnya. Temui galerinya.
Ikuti liputan tentang program NS Choice, kemudian lihat sendiri lokasi Galeri NS Choice di Port Dickson.
Syarat-syarat penyertaan
Semak kelayakan perniagaan dan dokumen berkaitan sebelum mengisi borang.
- 01
Perniagaan atau syarikat hendaklah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- 02
Telah menjalankan perniagaan secara aktif sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.
- 03
Produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti pemprosesan dan mempunyai lesen pengilangan, sekiranya berkaitan.
- 04
Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), atau surat sokongan daripada agensi yang berkenaan, Ketua Kampung atau Ketua Komuniti.
- 05
Mempunyai sekurang-kurangnya sijil Makanan Sedia Di Rumah (Home-Based Food) atau MeSTI yang masih berkuat kuasa bagi produk makanan.
- 06
Mempunyai sijil HALAL MALAYSIA yang masih berkuat kuasa bagi kategori produk dan premis makanan, kosmetik dan barang gunaan.
- 07
Mempunyai sijil pendaftaran jenama daripada MyIPO.
Mempunyai produk hiliran atau produk akhir yang sedia untuk dipasarkan.
Mohon sekarangMulakan permohonan anda
Lengkapkan 5 bahagian di bawah. Medan bertanda wajib diisi.
